Saturday, November 4, 2023

MUZIUM INSITU JUGRA

 MUZIUM INSITU JUGRA




Muzium Insitu Jugra terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar di mukim Jugra dan Bandar, Kuala Langat. Muzium yang dibuka pada tahun 2012 ini pada asalnya merupakan sebuah balai polis daerah atau lebih dikenali sebagai ‘Rumah Pasung’. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat untuk pesalah-pesalah jenayah menerima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan sebuah mahkamah manakala tingkat bawah digunakan sebagai penjara.


contoh pameran didalam muzium

 


Muzium ini mempunyai tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan Selangor di Kuala Langat termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di kawasan sekitarnya seperti strukur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain.


kereta perisai


Muzium Insitu Jugra mempunyai tapak khas pameran luar dimana terdapat sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). Kereta perisai ini diletakkan dibahagian hadapan muzium dan ia menjadi tarikan utama pengunjung di sini. Sejarah yang dimiliki oleh muzium ini telah menjadi sebab utama kehadiran pengunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment

MUZIUM INSITU JUGRA

 MUZIUM INSITU JUGRA Muzium Insitu Jugra terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar di mukim Jugra dan Bandar, Kuala Langat. Muz...