Saturday, November 4, 2023

MUZIUM INSITU JUGRA

 MUZIUM INSITU JUGRA




Muzium Insitu Jugra terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar di mukim Jugra dan Bandar, Kuala Langat. Muzium yang dibuka pada tahun 2012 ini pada asalnya merupakan sebuah balai polis daerah atau lebih dikenali sebagai ‘Rumah Pasung’. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat untuk pesalah-pesalah jenayah menerima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan sebuah mahkamah manakala tingkat bawah digunakan sebagai penjara.


contoh pameran didalam muzium

 


Muzium ini mempunyai tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan Selangor di Kuala Langat termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di kawasan sekitarnya seperti strukur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain.


kereta perisai


Muzium Insitu Jugra mempunyai tapak khas pameran luar dimana terdapat sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). Kereta perisai ini diletakkan dibahagian hadapan muzium dan ia menjadi tarikan utama pengunjung di sini. Sejarah yang dimiliki oleh muzium ini telah menjadi sebab utama kehadiran pengunjung ke sini.

TAMAN REKREASI PAYA BAKAU SIJANGKANG

 TAMAN REKREASI PAYA BAKAU SIJANGKANG

Gerbang taman paya bakau

Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang merupakan antara lokasi rekreasi yang popular di Daerah Kuala Langat. Taman ini terletak di Kampung Sijangkang , Kuala Langat, Selangor. Memerlukan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke taman ini dengan melalui kawasan kampung. Terdapat bayaran yang dikenakan untuk memasuki taman ini iaitu RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.



Titian kayu untuk pengunjung berjalan


Di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ini terdapat titian yang dibina khas untuk pengunjung yang diperbuat dari susunan kayu . Panjang titian ini adalah kira-kira 700 meter dan di hujung titian ini pengunjung dapat melihat pemandangan sungai Langat.


Keindahan flora di sepanjang titi


Sepanjang melalui titin kayu ini, pengunjung akan diperlihatkan dengan keindahan pelbagai spesies flora seperti  pokok api-api, pokok bakau kurap, pokok nireh batu, pokok nipah dan banyak lagi. Pemandangan yang indah dan menenangkan jiwa membuatkan tempat ini sesuai untuk di kunjungi oleh semua masyarakat.






ISTANA BANDAR

 ISTANA BANDAR



Istana Bandar terletak di Kampung Bandar, Jugra, Selangor,Malaysia. Istana ini asalnya tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor. Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun , sejak 1905. 



Pemandangan belakang Istana Bandar


Senibina istana ini menyerupai senibina Islam India dan Timur Tengah, jadi pengunjung dapat melihat keindahan istana .Disebabkan itu, ramai pengunjung yang datang semata-mata untuk mengambil gambar di istana ini. Ada juga pengunjung yang mengambil photoshoot perkahwinan di sini.


Kolah air di dalam istana


Bagi penggemar sejarah kerajaan Melayu, ini merupakan tempat terbaik bagi anda mempelajari dan memahami sejarah kerajaan Selangor yang terdahulu. Di pintu masuk istana terdapat  papan maklumat tentang sejarah Istana Bandar. Sejarah dari mula bangunnya istana ini sehinggalah bagaimana istana ini telah ditinggalkan. Keindahan senibina dan sejarah yang ditinggalkan istana telah menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke sini.

MUZIUM INSITU JUGRA

 MUZIUM INSITU JUGRA Muzium Insitu Jugra terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar di mukim Jugra dan Bandar, Kuala Langat. Muz...